Friday 30 December 2011

Doa Cemerlang dalam Akademik dengan Bantuan Ya Aliim, Ya Hakim dan Ya Rasyid....


Bismillahhirrohmannirrahim.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Engkau memberikan kasih dan sayangMU dengan melimpah ruah. Engkau tetap memberi walaupun kadangkala kami lalai dan lupa kepadaMU.

Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Afuww yang Maha Pemaaf, Ya Ghafur yang Maha Pengampun, Ya Tauwab yang Maha Penerima Taubat. Kami hambaMu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Ya Allah Ya Malik yang Maha Pencipta, sesungguhnya kami sedar kami hanyalah ciptaanMu yang Engkau ciptakan dari tanah yang hina dan Engkau ciptakan kamu hanya untuk mengabdikan diri kepadaMu serta menjadi khalifahMu.. Maafkanlah kami kerana sering terlupa tentang tanggungjawab kami sebagai khalifahMu Ya Allah, sedangkan Engkau tidak pernah lupa untuk memberi nikmat kepada kami, memberi kebahagiaan serta ilmu kepada kami, maafkan kami dan ampunkanlah segala kelalaian dan kekhilafan kami...

Ya Allah Ya Aliim yang Maha Berilmu, Ya Hakim yang Maha Bijaksana, Ya Rashid yang Maha Pandai, kami hambaMu yang lemah ini bakal menghadapi PEPERIKSAAN HUJUNG SEMESTER yang amaat penting bagi kami untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam, satu-satunya agama yang diterima disisiMu Ya Allah. Maka Ya Allah, Engkau kurniakanlah kami sedikit ilmuMu, sedikit kebijaksanaanMu dan kecerdasanMu agar kami dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik, tenang dan teratur. Ya Allah Ya Malik, hanya padaMu kami bertawakal, tiada yang lain Ya Allah...

Ya Allah Ya Ghafur yang Maha Pengampun, ampunkan dan maafkan kami kerana sebelum ini kami menyangka bahawa keputusan cemerlang itu datangnya dari usaha kami semata-mata. Sedangkan Ya Allah, hanya PadaMu terletak segala ketentuan yang terbaik buat kami, bukanlah kamu penentunya, Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang dan pengatur wahai Ya Bari'...

Ya Alllah Ya Malikm yang memiliki hati kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan pensyarah-pensyarah kami, Engkau sedarkanlah mereka bahawa keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Hujung semester ini bukanlah segala-galanya Ya Allah, tetapi yang lebih penting adalah sejauh mana ilmu itu dapat kami amalkan dalam hidup untuk mendekatkan diri kepadaMu dan sejauh mana kamu menggunakan ilmu itu untuk mengajak manusia kejalanMu  Ya Allah. Engkau lembutkanlah hati mereka Ya Latif yang Maha Melembutkan dan Ya Syakur yang Maha Menghargai supaya mereka bersikap lembut dan menghargai kami serta memahami bahawa kami sememangnya sedang berusaha bersungguh-sungguh dan sesungguhnya pertolongan Allahlah penentu segala-galanya..

Ya Allah Ya Baril' yang Maha Mengatur Urusan, sesungguhnya hambaMu ini tahu bahawa engkau telah memilih kamu untuk menjadi pejuangMu di barisan utama kerana kami telah dibekalkan dengan senjata yang terhebat iaitu Al-Quran yang penuh mukjizat dan juga ilmu duniawi serta ukhrawi. Maka Ya Allah Ya Hafiz yang Maha Memelihara, Engkau peliharakanlah iman dan ilmu kami agar kami dapat menjadi mujahidin dan mujahadah yang syahid dalam keredaanMu.

Ya Allah Ya Ghanniyu yang Maha Kaya, Ya Mughni yang Maha Memberi Kekayaan, kayakanlah hati dan minda kami dengan ilmu dan akhlak yang indah Ya Allah, supaya kamu dapat menyelamatkan saudara-saudara kami di seluruh dunia yang kian hancur akibat pengaruh dari musuh-musuh kafir. Semoga dengan ilmuMu Ya Allah Ya Aliim, jadikanlah kami pemimpin hebat dan adil lagi bijaksana yang bakal menyelamatkan agama Islam, bangsa, serta negara kami..

Amin Ya Robbal Alamiin.....

Sunday 25 December 2011

Doa Buat Kekasih...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah...
Seandainya telah Kau catatkan ..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kebahagiaan itu abadi..
Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah..
Seandai telah Kau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku senantiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah ya tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan ...
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah....
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
AMIN.... AMIN... AMINN...
Ya Rabbal'alamin..