Friday 6 January 2012

Sebahagian daripada Permasalahan Besar..


Masalah utama bagi segala permasalahan..

Sebahagian besar dalam kalangan umat Islam sedang mabuk dan dipesongkan daripada identiti mereka sendiri. Umat ini lupa tentang hakikat risalah Islam, sedangkan ianya masih tercari-cari apakah sebab kewujudannya dan apakah pula tujuan keberadaannya di dunia. Ia tidak mengetahui siapakah mysyh dan siapa pula temannya. Ia tidak mampu melihat jerat-jerat yang telah dirancang untuk memerangkapnya di dalam kegelapan, serta racun-racun yang telah dibancuh untuk menyakitinya di sebalik minyak dan manisan hidup yang zahir. Ia tidak nampak apa yang sedang dihunus ke arahnya; beliung-beliung pemikiran yang tajam, yang bakal meruntuhkan. Semuanya digambarkan di dalam bentuk yang cukup menarik dan bercahaya, berselindung di sebalik slogan-slogan yang cukup menipu daya. Ia menamakan kufur itu kebebasan, kefasikan itu sebagai satu seni, dan kerosakan itu sebagai kemajuan. Ia membentuk prasangka bahawa ketumbuhan adalah daging dan fatamorgana adalah air yang sebenarnya!!

Satu permasalahan - bahkan berbagai-bagai masalah lagi - yang sedang menghantui umat adalah jurang persaudaraan yang begitu lebar, yang dirasai dan disaksi dalam kalangan orang Islam, antara satu sama lain. Ianya berpunca daripada assabiah perkauman, iklim, bahasa, anasir-anasir luar yang diikuti dengan sistem-sistem berbeza. Akhirnya mereka berpecah daripada jalan Allah..... Dan juga kerana sikap individualistik para pemimpin yang lebih mengutamakan hawa nafsu daripada kebenaran, mendahulukan keuntungan segera daripada keredhaan Allah taala, melebihkan kepentingan peribadi ataupun setempat di atas kemaslahatan umat yang terbesar.

kemudian, di sana masih terdapat jurang yang boleh kita rasakan di dalam setiap negara antara para pemerintah dengan rakyatnya. Rakyat secara fitrah, sejarah dan realitinya sentiasa bersama Islam. Pemimpin pula, berdasarkan latar belakang, pendidikan, kepentingan, dan kesetiaannya adalah terikat dengan puak-puak yang bermusuhan dengan Islam. Oleh kerana itulah mereka - kalaupun mereka tidak membenci Islam - mereka amat takut kepada kembalinya hukum Islam. Mereka risau ajaran-ajaran Islam akan kembali berkuasa da memimpin. Justeru, mereka memilih untuk kekal di satu lembah, sedangkan rakyat mereka berada di lembah yang lain. Seolah-olah mereka adalah dua garisan selari yang tidak pernah bertemu!

Selain itu, wujud juga jurang di antara golongan elit yang berpelajaran dengan orang ramai. Orang ramai secara jumlahnya mempunyai fikrah Islam, memiliki sensiviti agama yang kuat terhadap Islam, dan berakhlak dengan akhlak Islam. Adapun golongan elit - yang dimaksudkan adalah sebahagian besar, bukan semua - mereka telah diserangi oleh penjajahan pendidikan yang telah menghalau fikrah dan sensiviti Islam mereka daripada asas kehidupan mereka. Ketua-ketua mereka dikelilingi fahaman-fahaman salah tentang Islam, syariatnya, sejarahnya serta umatnya. Ia mula beriman kepada sekularisme (athiesma) baik dari segi pemikiran mahupun cara hidup. Mereka menganggap agama hanyalah sekadar satu hubungan di antara seseorang dengan Tuhannya. Maka mereka tidak membenarkan agam untuk memimpin kehidupan mahupun campur tangan di dalam masyarakat melalui undang-undang, penguasaan, ataupun perlaksanaan. Sekiranya ianya dibenarkan, maka cukuplah baginya masjid untuk solat dan juga nasihat. Memadailah satu mata pelajaran wajib agama di sekolahm cakap-cakap agama di dalam radio atau televisyen, satu kolum agama di dalam lembaran akhbar... Bahkan untuk itu, merekalah yang menjadi penderma dan mecanangkan bahawa mereka telah memperjuangkan agam! Adapun untuk menjadikan Islam sebagai satu sistem kehidupan, atau perlembagaan sebuah negara, nescaya sekali-kali tidak!

**Dipetik dari sebuah buku yang bertajuk " Pemuda Islam Yang Dijanjikan", Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi.




Friday 30 December 2011

Doa Cemerlang dalam Akademik dengan Bantuan Ya Aliim, Ya Hakim dan Ya Rasyid....


Bismillahhirrohmannirrahim.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Engkau memberikan kasih dan sayangMU dengan melimpah ruah. Engkau tetap memberi walaupun kadangkala kami lalai dan lupa kepadaMU.

Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Afuww yang Maha Pemaaf, Ya Ghafur yang Maha Pengampun, Ya Tauwab yang Maha Penerima Taubat. Kami hambaMu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Ya Allah Ya Malik yang Maha Pencipta, sesungguhnya kami sedar kami hanyalah ciptaanMu yang Engkau ciptakan dari tanah yang hina dan Engkau ciptakan kamu hanya untuk mengabdikan diri kepadaMu serta menjadi khalifahMu.. Maafkanlah kami kerana sering terlupa tentang tanggungjawab kami sebagai khalifahMu Ya Allah, sedangkan Engkau tidak pernah lupa untuk memberi nikmat kepada kami, memberi kebahagiaan serta ilmu kepada kami, maafkan kami dan ampunkanlah segala kelalaian dan kekhilafan kami...

Ya Allah Ya Aliim yang Maha Berilmu, Ya Hakim yang Maha Bijaksana, Ya Rashid yang Maha Pandai, kami hambaMu yang lemah ini bakal menghadapi PEPERIKSAAN HUJUNG SEMESTER yang amaat penting bagi kami untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam, satu-satunya agama yang diterima disisiMu Ya Allah. Maka Ya Allah, Engkau kurniakanlah kami sedikit ilmuMu, sedikit kebijaksanaanMu dan kecerdasanMu agar kami dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik, tenang dan teratur. Ya Allah Ya Malik, hanya padaMu kami bertawakal, tiada yang lain Ya Allah...

Ya Allah Ya Ghafur yang Maha Pengampun, ampunkan dan maafkan kami kerana sebelum ini kami menyangka bahawa keputusan cemerlang itu datangnya dari usaha kami semata-mata. Sedangkan Ya Allah, hanya PadaMu terletak segala ketentuan yang terbaik buat kami, bukanlah kamu penentunya, Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang dan pengatur wahai Ya Bari'...

Ya Alllah Ya Malikm yang memiliki hati kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan pensyarah-pensyarah kami, Engkau sedarkanlah mereka bahawa keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Hujung semester ini bukanlah segala-galanya Ya Allah, tetapi yang lebih penting adalah sejauh mana ilmu itu dapat kami amalkan dalam hidup untuk mendekatkan diri kepadaMu dan sejauh mana kamu menggunakan ilmu itu untuk mengajak manusia kejalanMu  Ya Allah. Engkau lembutkanlah hati mereka Ya Latif yang Maha Melembutkan dan Ya Syakur yang Maha Menghargai supaya mereka bersikap lembut dan menghargai kami serta memahami bahawa kami sememangnya sedang berusaha bersungguh-sungguh dan sesungguhnya pertolongan Allahlah penentu segala-galanya..

Ya Allah Ya Baril' yang Maha Mengatur Urusan, sesungguhnya hambaMu ini tahu bahawa engkau telah memilih kamu untuk menjadi pejuangMu di barisan utama kerana kami telah dibekalkan dengan senjata yang terhebat iaitu Al-Quran yang penuh mukjizat dan juga ilmu duniawi serta ukhrawi. Maka Ya Allah Ya Hafiz yang Maha Memelihara, Engkau peliharakanlah iman dan ilmu kami agar kami dapat menjadi mujahidin dan mujahadah yang syahid dalam keredaanMu.

Ya Allah Ya Ghanniyu yang Maha Kaya, Ya Mughni yang Maha Memberi Kekayaan, kayakanlah hati dan minda kami dengan ilmu dan akhlak yang indah Ya Allah, supaya kamu dapat menyelamatkan saudara-saudara kami di seluruh dunia yang kian hancur akibat pengaruh dari musuh-musuh kafir. Semoga dengan ilmuMu Ya Allah Ya Aliim, jadikanlah kami pemimpin hebat dan adil lagi bijaksana yang bakal menyelamatkan agama Islam, bangsa, serta negara kami..

Amin Ya Robbal Alamiin.....

Sunday 25 December 2011

Doa Buat Kekasih...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah...
Seandainya telah Kau catatkan ..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kebahagiaan itu abadi..
Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah..
Seandai telah Kau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku senantiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah ya tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan ...
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah....
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
AMIN.... AMIN... AMINN...
Ya Rabbal'alamin..


Tuesday 27 September 2011

Satu Peringatan

Bismillahhirrohmannirrahim......

Assalammuaalaikum dan Salam Sejahtera... Apa khbr semua...? harap smua berada dalam keadaan sihat walafiat... Jgn lupa Allah... Jgn lupa Agama.... Jgn lupa Diri... :)

Setelah sekian lama  tidak mengemaskini blog ne.... hari ini baru terdetik di hati untuk mengupdate blog yg biasa2 aja ne... Minta maaf bg yg menunggu (ada kah yg menunggu post baru?)... Apa2 pun... pada post kali hanya sebagai satu peringatan tentang kehidupan pada zaman sekarang nie....



Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,


Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat
bangunan
naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang
jadi
ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak
gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anda, adakah anda manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

:: InsyaALLAH.... Memesan kepada Diri sendiri yang lemah dan juga kepada sahabat-sahabat... rakan-rakan yang lain yang sudi membaca... 
WaAllahualam...

Monday 18 July 2011

Mengumpat.. Wajarkah??


:: sebuah cerita yang tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun dengan yang telah meninggal dunia.

Bismillahirahmannirrahim… Assalammuaalaikum dan Salam Sejahteraa Sahabat dan Sahabiah sekalian… Apa khabar semua… InsyaAllah saya harap semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah payung Rahmat-NYA… Pertama sekali syukur Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-NYA sekali lagi saya berpeluang untuk meneruskan menulis d blog saya ini.. InsyaALLAH manfaat dari blog ini boleh kita renungi bersama dan boleh kita kongsikan bersama.. sesungguhnya yang menulis ini akan merasakan apa yg ditulisnya dahulu dan diikuti oleh teman-teman yang rela membaca blog ini…

Alhamdulillah genap hari sudah masuk 17 syaaban.. dalam masa beberapa hari lagi kita masuk bulan ramadhan.. bulan yang penuh nikmat… bulan yang penuh rahmat… d mana pada bulan Ramadhan ini kita akan bersama-sama berkerja keras untuk mengerjakan kebajikan pada tahap yang maksimum.. InsyaALLAH..  tetapi teman-teman.. jangan jadikan bulan ramadhan ini sahaja bulan kita buat amal dan kebajikan serta kebaikan… biar bulan ini menjadi latihan kepada jiwa kita untuk melatih diri kita yang lemah ini untuk terus mengamati dan menghayati ajaran Islam yang penuh bermakna ini….

Apakah persediaan kita sempena bulan Ramadhan thun ini?




Saya ingin menekankan satu perbuatan yang sering kali menjadi kebiasaan kepada kita semua…. Maksud saya kita semua.. termasuklah diri saya sendiri yang lemah… apakah  perkara yg sy maksudkan itu? Perbuatan itu adalah budaya yang semakin hari semakin menular dalam masyarakat kita pada hari ini… dan budaya tersebut disebut sebagai “BUDAYA  MENGUMPAT”....

Definisi Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. 

Hakikatnya pada hari ini… budaya ini sudah tidak asing lagi dengan rutin hidup kita seharian… dan budaya ini agak sukar dibuang dalam diri kita… tahukah kita apa akan hukuman terhadap perbuatan “mengumpat”  ini?

Mari kita sama membaca dan memahami istilah “mengumpat” ini…

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) 

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.  Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,  dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. 

  
Begitulah padahnya perbuatan mengumpat ini.. kadangkala kita sanggup untuk mengumpat teman kita sendiri hanya untuk mendapat perhatian daripada teman kita yang lain.. yakinlah teman-teman... Hukum Allah itu pasti... jgn la kita terus terjebak dengan budaya ini... budaya yg negatif.. jadi seorang hamba yang sentiasa mengajak orang lain kepada kebaikan... insyaALLAH.. dekatkanlah diri kita dengan Allah... semoga perbuatan Mengumpat ini akan terhindar daripada hidup kita... 


:: Mengumpat boleh menjadi Fitnah...

Sama2lah kita renungkan apa kesalahan yang pernah kita lakukan.. apa perkataan dan ayat yang pernah kita muntahkan sama ada mengatakan benda yang baik ataupun buruk.. renung2kanlah.. Muhasabah diri kita setiap masa... supaya diri kita akan sentiasa diperbaiki... insyaALLAH.. sebelum terlewat... minta maaf n minta ampun la kepada teman2 yang pernah kita umpat semoga dosa kita dapat diampunkan dan di maafkan oleh mereka seterusnya Allah akan mengampunkan dosa2 mengumpat kita.. insyaALLAH... sesungguhnya Allah S.W.T  Maha pengampun.. Maha Pemurah... Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Teruskanlah Hidup bersederhana Sebagai Hamba Allah...Sesungguhnyaa kita ini hanya Hamba Kepada Allah S.W.T....

:: Sesungguhnya mulut atau hati yang menulis ini... yang pertama akan mendengarinya adalah telinga dan hati diri penulis ini sendiri.. ^^

~Wallahualam~

Thursday 7 July 2011

NDAHNYA BERBAIK SANGKA

Assalammuaalaikum dan Salam Sejahtera Semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T.. Apa khabar semuanya? Sy doakan anda semua berada dalam keadaan yang hebat... sentiasa igt kepada Pencipta kita, Tuhan yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T... hari saya teruskan lagi entri blog dengan tajuk indahnya berbaik sangka...

Dakwah --- Hubungan yang baik antara manusia yang satu dengan lain, dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Hal ini karena, Allah telah menggariskan bahwa mu'min itu bersaudara. Itu sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkokoh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merusak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).
Oleh karena itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan pribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (pengecekan) terlebih dahulu sebelum mempercayai apalagi meresponnya secara negatif, 

Allah S.W.T. berfirman yang artinya:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu (QS 49:6).


Manfaat Berbaik Sangka


Ada banyak nilai dan manfaat yang diperoleh seorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain. 


Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, hal ini karena berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonisan hubungan akan semakin terasa karena tidak ada kendala-kendala psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama karena buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada QS 49:6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum bisa mencapainya, hal ini memiliki arti yang sangat penting, karena dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang bisa berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini berarti kebaikan dan kejujuran akan mengantarkan kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan mengantarkan kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita peroleh, baik dalam kehidupan di dunia maupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, karena disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari kejelekan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allahl berfirman yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa" (QS 49:12)

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, karena apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, hal ini disabdakan oleh rasulullah S.A.W:
Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta (HR. Muttafaqun alaihi).

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan pribadi maupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebercian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain, dll. Dalam satu hadis, Rasulullah ` bersabda:Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga.

Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatata di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hatihatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (HR. Bukhari).


Larangan Berburuk Sangka

Karena berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada surat Al Hujurat:12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyadari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktifis dakwah.

Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka hal itu harus segera diberantas dan dijauhi karena ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang penting lagi adalah memperkokoh terus jalinan persaudaraan antar sesama muslim dan aktifis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh karena itu, Khalifah Umar bin Khattaba menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu katapun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahwa kata-kata itu mengandung kebaikan.


Demikian hal-hal pokok yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Sekadar satu renungan untuk diri saya yang lemah ini... kita sesama agama Islam... seharusnya sentiasa mempunyai sikap "husnuzhzhan" or "Think Positive" terhadap saudara sesama Islam kita... Adakah dengan berburuk sangka hati kita akan merasakan kepuasanya? kita berasa sangat bangga apabila kita bersangka buruk terhadap saudara2 ataupun sahabat2 kita? Jangan sesekali berbuat demikian... kerana kita tidak layak menghukum... Allah S.W.T lebih layak menghukum Hamba-NYA.... kerana apa... Kita hanyalah Hamba kepada Allah S.W.T.. jadilah hamba yang soleh...

"Bila Mana kita ingat pada Allah S.W.T, percayalah Allah S.W.T akan ingat kepada kita.. InsyaALLAH"

~WAALLAHUALAM~