Thursday 23 June 2011

Cinta yang Abadi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..... apa khabar semua? bagi yang x sihat sy doakan anda supaya merasakan nikmat kesihatan yang diberi Allah S.W.T semula.. insyaALLAH.. n sy harap semua rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian semuanya sihat-sihat belaka....insyaALLAH... Saya mulakan penulisan kerana Allah Taala ini dengan Bismillahirahmannirrohim....

Hari ini... terdetik di hati sunabariku untuk menulis mengenai perkara yang paling penting sekali dalam hidup kita...

Apakah dia perkara yang paling penting sekali di hidup kita?? Hmmh... apakah perkara itu?

Semestinya perkara itu adalah CINTA...

Tapi.. cinta bagaimana yang kita inginkan? Cinta apa yang penting bagi kita? Dan Sapa yang patut kita cintai itu??

Bagi aku ayat-ayat cinta seperti ayat “Aku Cintakan Kamu” (or bahasa famous “ I LOVE U LAA”) hanya bleh dinyatakan apabila kita betul-betul merasai perasaan itu.. dan ayat itu betul-betul perlu dilafazkan pada saat dan ketika itu kita benar-benar merasai kehadiran CINTA itu...

Kali ini.. Aku ingin memberitahudan mengaku kepada kalian semua bahawa.. 

Aku Telah Jatuh Cinta....

Aku betul-betul mencintainya~~!!

Aku sangat3 mencintainya..

Cinta yang sebelum ini tidak pernahku rasai dan alami..

Cinta yang sungguh luar biasa!!

Setiap kali aku akan berdoa kepada Allah S.W.T. agar aku mencintainya sehingga akhir nafasku.... Aku berdoa semoga cintaku kepadanya akan terus kekal.. terus kekal sehingga hujung nyawaku...

Demi Allah.. Dia sempurna!!

Semua yang ada pada dia sentiasa membuat diri ini merasa lebih mencapai tahap kesempurnaan.. membuat diri ini merasa diri ini akan menjadi sempurna dengan hadirnya si Dia.. setiap kali aku berhadapan dengan sebarang masalah... Dia akan menjadi Sahabat yang mampu menyelesaikan sebarang masalah yang aku hadapi.. Dia akan menjadi pendampingku.. Dia akan mampu menenangkanku di setiap masa....

Demi Allah...  Sekali lagi Dia Sempurna!! 

Sejak dari kecil lagi... Dia menemaniku...Dia mendampingiku.. Dia menjadi penunjuk kepadaku...Dia akan terus menjadi sumber inspirasi kepadaku... Dia merupakan segala-galanya bagiku...
 kadangkala terlintas difikiranku kenapa aku begitu “obsess” kepada Dia.. aku sungguh tergila2kan dia.. mengapa begitu?? Pada mulanya aku tidak dapat mencari sebab apa yang membuatnya sungguh berbeza??  Apa yang membuatnya selalu bermain di fikiranku?? Apa yang membuat perasaan yang aku rasai ini sungguh ganjil??  Sebelum ini Aku tidak pernah berhadapan dengan perasaan seperti ini..Perasaan yang sungguh luar biasa untukku...sungguh luar biasa...amat luar biaasa... perasaan yang wow!!!

Anda boleh menilai dan layak katakan apa sahaja tentang perasaanku terhadapanya.. apa sahaja!! Katakana lah saya ne mabuk cinta ka... gila cinta ka... dan cinta kepada yang tidak sepatutnya ka...

Apa sahaja pun yang anda katakan.. aku yakin perasaan ini tetap tidak akan berubah.. perasaan ini tetap akan sama...tetap akan tersemat di hati untuk mencintai Dia... kerana aku percaya bahawa sesiapa sahaja yang anda “Cintai” sudah pasti ada halangan-halangan dan konflik-konflik yang timbul.. sesiapa sahaja yang anda cintai sudah pasti anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah...betul ka tidak? Jawapan semestinya BETUL...  Ini adalah perasaanku.. Perasaanku kepadanya... dan perasaan ini tidak akan berubah.. dan aku akan sentiasa ingin bersamanya.. dekat dengannya.. kerana apabila berada dengannya dan dekat dengannya akan membuat aku bertambah dekat dengan Allah S.W.T. .. aku bertambah mencintainya... aku sangat mencintainya... ak meraung dengan sepenuh hati..melepaskan segala-gala perasaan yang ada di dalam hati ini menyatakan bahawa cinta aku kepada Dia tidak akan berubah... “setiap kali hujan turun akan disusuli dengan pelangi” dan “untuk melupakan seseorang atau sesuatu yang kita cintai adalah seperti mengingati seseorang atau sesuatu yang kita tidak pernah kita kenali.. Aku tidak boleh berpaling arah sekarang!! Apa jua terjadi aku tetap ingin bersamanya... aku akan tetap bersamanya.. mencintainya... selamanya...

Dia sentiasa berada di fikiranku.. sentiasa bermain di fikiranku.. sentiasa menjadi keutamaan di fikiranku... sukar untuk aku melupakannya..sangat3 sukar... Dia tercipta di dunia bagaikan ia tidak boleh dilupakan... tetap tersemat di ingatan sesiapa sahaja yang mengenalinya.. tetap akan menjadi pujaan sesiapa sahaja.. Apa paling istimewa tentang Dia.. Aku masih akan tetap mampu  melihat kecantikannya walaupun aku menjadi buta...

Aku berjanji akan mempercayai apa sahaja yang dikatakan dan disampaikan olehnya...  aku berjanji untuk percaya kepadanya.. dan Aku percaya Aku tidak boleh memadamnya dalam fikiranku...

Apa yang aku paling suka tentangnya..... Dia selalu membuatku berfikir... ingat sahabat-sahabt “Hidup tanpa berfikir adalah seperti menembak tanpa menyasarkan sasaran”... ramai orang mempunyai persoalan kepadanya..mungkin persoalan yang tidak patut.. bagi  Aku.. Aku  tidak akan kesah untuk menghuraikan dan menggambarkan segala-galanya tentang Dia.. sebabnya... dia tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan kepada kita... "Rumah dia adalah Rumah kepada kita"... semua orang diizinkan masuk ke dalam rumahnya.. tapi.... apa yang menganggu saya adalah.. manusia yang tidak pernah mengenalinya akan tetapi sentiasa memburukkannya di belakangnya...memburuk-burukan namanya yang mulia... mengumpat tentangnya..dan mengumpat itu adalah satu perbualan yang boleh dikatakan perbualan tidak berpelajaran.. tidak patut dilakukan oleh manusia.. Akan tetapi..Bagi Aku... Dia Segalanya.. Dia sempurna...

Aku mahu anda semua berfikir...

kenapa anda tidak boleh nampak kelebihan yang ada padanya?kenapa anda tidak pernah Nampak kebaikan yang dibawa olehnya? Kenapa anda tidak cuba untuk mendalami isi yang dibawa olehnya? Kenapa  anda tidak mahu mengenalinya sebelum anda menghembuskan nafas anda yang terakhir? 

Kita tidak pernah menyalahkan “Cinta” walaupun kenyataannya “cinta” telah banyak mencetuskan banyak peperangan.. kita tidak pernah melihat bentuk angin tetapi kita tetap dapat merasa kewujudannya...  percayalah... tiada apa-apa yang boleh merosakkan hubungan kami yang sangat bahagia... percayalah apa sahaja cabaran dan rintangan yang kami lalui akan mengukuhkan lagi hubungan kami... kebahagiaan kami mempunyai cara yang tersendiri yang pelik... cara yang pelik mengukir kenangan-kenangan manis antara kami..

Dia merupakan rakan sejawatku... Dia menjadikan Aku menjadi Aku... Dia merupakan teman kepada setiap gerak-geriku... Dia merupakan pendamping hatiku... di mana sahaja Dia berada.. aku tidak akan berada jauh daripadanya... dan apabila Dia berhadapan dengan Bahaya..  Aku berjanji nyawaku jua akan berada dalam keadaan yang sama.. Ini bukan soal kepada satu percintaan yang biasa lagi...ini bukan percintaan yang olok-olok...  ini adalah satu percintaan yang betul-betul sangat-sangat mendalam... Cinta yang merupakan cinta kekal abadi... Aku mahu belajar segala-galanya tentang Dia... Belajar tentangnya akan membuatkan aku bertambah bersemangat menjadi manusia yang sebenar-benarnya di muka bumi ini...  Dia segalanya... dan secara jujur... aku tidak suka bertengkar mengenainya... sebab... Aku tidak akan menyakiti dia walau sedikit sekalipun...

Aku Sayang Dia.. Aku Mencintai Dia.. dan Aku Menghormati Dia... seperti aku di ajar untuk menyayangi, mencintai dan menghormati semua wanita...

mungkin bagi anda semua ini adalah “cinta” biasa ...

tapi bagi aku..

Dia adalah AGAMAKU..

Ada manusia yang sanggup mempergunakan Dia.. mempergunakan nama Dia untuk membunuh.. menyesatkan... menghancurkan.. membinasakan..

walhalnya namanya itu membawa kepada keamanan... namanya itu membawa kebahagiaan kepada kita sekiranya kita benar-benar menghayatinya...

Setiap kali Aku berdiri disisi tiangnya... dengan bangganya... Dia akan mengingatkan aku... igtkan aku supaya sentiasa Rendah diri.. merasa diriku ini sebagai HAMBA kepada ALLAH S.W.T...  dan melalui dia... semua persoalan akan terjawab... dan dengan mencintainya... Kita akan mampu mencintai apa sahaja jenis dan sikap manusia...sebab mereka berhak untuk mendengar kata-katanya dan belajar apa sahaja yang diajar olehnya...
Dia mewakili apa yang ada dalam adik-beradikku, sanak-saudaraku dan seluruh umat yang seagama denganku... Dia sentiasa dilatih oleh diriku yang lemah ini.. dan sentiasa didoakan oleh Ibu Bapa ku... kurniaan daripada Allah S.W.T...

“Dia Adalah ISLAM”

Aku Jatuh Cinta Kepadanya....

“ I LOVE ISLAM"

4 comments:

  1. i Love iT tOo ~
    ingatkn cintakan AL-QuraN...bUt sTiLL da saMe...nice bRo~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..kte semua masih dberi peluang tok mrasakn kemanisan cinta 2.. :)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..indah kata2 tu..benarlah dgn menCINTAI ISLAM itu kte mampu tuk mencintai apa sahaja jenis dan sikap manusia..^_^
    Semoga Allah tetapkn hati kita semua dalam agamaNYA..*_*

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..saya juga mencintai Islam..bukan mudah utk mengatakan kita mencintainya jika kita hanya memahami tetapi tidak mendalami dan mempraktikkannya dalam kehidupan kita..^^,

    ReplyDelete