Tuesday 21 June 2011

Rama-rama dan Cinta Lelaki

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera... apa khbaar semuanya?? Alhamdulillah.. saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka... :)

Entry kali ini saya ingin menceritakan kepada kalian semua tentang betapa indahnya harga diri seorang wanita.. semua lelaki di dunia ini memerlukan wanita idamannya yang pada satu hari nanti akan menjadi pendamping hatinya yang sah (isteri).. termasuklah saya.. bagi saya.. entry ini penting bagi menyedarkan semua manusia betapa kita perlu menghargai ciptaan Allah S.W.T. terhadap makhluk-Nya bergelar "wanita".. wahai wanita luangkan masa sebentar untuk membaca entri ini... 
*sumber  "Membina rasa cinta hasil karya DR HM TUAH ISKANDAR al-Haj"

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselebungi sugul. Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Bayangkan sahaja dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan-perbuatan ‘sampai hati’ sesama sendiri.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnakanlah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yang bernama wanita mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahanya apabila ia disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahannya tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, saya anda yang indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatkala anada menyentuh serangga kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi??
Apakah anda tidak terasa apa-apa yang hilang??

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada di sekelilingnya tetapi anda wanita pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh, corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, sentuhan kali ketiga tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati??
Kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah sayap anda telah tiada??

Wahai wanita, kasihlah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seseorang lelaki dengan harga kejujuran. Apakah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri?

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahunya anda sebagai “alat”. Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seseorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemamaikan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua dan merasakan  diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

“Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api”

Wahai wanita, harga diri anda, anda yang menentukan..... 

5 comments:

  1. Salam..abg aman thanks a lot..menitis air mata tatkala membaca entry ni..^_^
    Saya doakn semoga Allah temukn abg aman dgn wanita solehah*_*
    Semoga Allah limpahkn maghfirah-Nya untukmu..^^

    ReplyDelete
  2. syukran..penghargaan buat wanita ^^

    hati-hati trhdp 2 perkara yg ada pd lelaki,

    iaitu mata & kata-katanya...

    ReplyDelete
  3. muslimat sejati itu wajahnya berona NUR IMAN,

    makhotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,

    maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,

    dialah puteri indah RUPAWAN,

    tika gadis lain sibuk MENGHIASI DIRI,

    dia hias nur Ilahi pada WAJAHNYA,

    tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,

    dia selesa bersama cinta-Nya,

    tika gadis lain sibuk BERMADAH,

    dia tekun BAIT kata TUHANNYA,

    tika gadis lain menangisi ARJUNA,

    dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba,

    gadis itu seperti MAWAR BERDURI,

    indah dipandang namun sukar DIPEGANG,

    mulianya kerana ketaqwaan,

    cantiknya kerana keperibadian,

    ReplyDelete